FILEM KITA DAN KAITANNYA DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 Sebelum saya cerita panjang-panjang, saya bukan filem maker atau wartawan gosip atau seanggkatan dengannya! Saya cuma seorang guru dan saya hanya berkongsi sudut pandang saya dari sudut pandang seorang pendidik.

    Ikhlasnya, lama sangat rasanya saya tidak menonton filem Malaysia dan seanghhkatan dengannya. Maksudnya drama atau cerita pendek atau apa-apa berkaitan cerita yang air tangannya orang kita Malaysia. Kenapa agaknya?

    Saya juga telah sangat lama tidak menonton cerita-cerita Korea yang sangat saya gemari, namun cuti sekolah baru-baru ini saya buka kembali Drama Korea. Lama juga nak memilih cerita dan alhamdulillah dapat menonton cerita seperti yang saya fikirkan. Saya ingin kongsikan sudut pandang saya cerita daripada drama korea dan cerita tamil yang saya kira cerita-cerita mereka sudah jauh tahapnya daripada cerita orang kita yang terlalu asyik dengan masalah keluarga atau cinta yang entah apa-apa. tidak membawa kita ke mana-mana.

    Saya pernah mengambil kursus seminggu menulis skrip drama bersama FINAS di bawah anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya faham antara elemen yang boleh mengekalkan penonton untuk terus menonton cerita ialah elemen cinta.  Cuma bagi saya darama atau filem kita memberatkan cinta atas alasan orang kita tak mampu menonton cerita berat yang akhirnya merugikan pembikin drama atau filem.  Sayangkan, duit keluar tetapi tiada impak diperolehi.

    Cuba kita perhatikan drama-drama korea : ceritanya berat sebenarnya seperti Forecasting Love & Weather (cerita yang baru saja saya tonton) namun kita mampu mengikuti cerita berkenaan sehingga selesai sambil menimba ilmu mengenai bagaimana ramalan kaji cuaca dibuat. Bukan semata-mata mengharapkan janaan komputer atau dipanggil super komputer (dalam cerita berkenaan). Elemen cintanya digunakan sebaik mungkin agar penonton tak sedar yang mereka mengikuti cerita ketika sedang menuntut ilmu. Kreatif dan Inovatif serta Informatif, itu yang boleh saya katakan.

    Bukan cerita ini sahaja yang seperti itu, sebelum saya pernah menonton drama tak ingat tajuk-tajuknya tetapi berkenaan kepakaran kedoktoran dan mereka mampu menjelaskan detail setiap term perubatan dengan sangat baik sehingga kita penonton dapat ilmu perubatan di situ. Begitu juga saya pernah menonton kisah berkenaan dengan artis debut bagaimana pemilihan seseorang artis sehinggalah mereka terkenal setiap rincian pemilihan artis, debut, tanda tangan kontrak, pengurusan semuanya kita belajar sambil menonton .

    Begitu juga apa bila saya menonton drama Tamil.  Maaf tidak dapat saya nyatakan nama-nama drama atau filem yang ditonton kerana saya bukan jenis yang ingat tajuk2 cerita. Tetapi kisah yang dipapar mengenai kisah seorang guru menggunakan pengalamannya sebagai tentera (dalam kisah berkenaan -RASACHI, agaknya tajuk cerita tersebut) menyusun atur semula displin murid dan guru serta membuat ibu bapa turut serta dalam meningkatkan tahap sekolah ke tahap yang lebih tinggi.  Ceritanya berilmu, berat tetapi mampu ditonton sehingga selesai tanpa rasa bosan.  Kreatif dan Inovatif serta Informatif.

    Saya cuba menonton cerita-cerita kita, tetapi sukar menemui cerita sambil mendapat ilmu.  Mungkin ada tetapi sangat sedikit dan tak cukup informatif. misalnya cerita pecah panggung orang kita seperti Mat Kilau? Maaf kalau salah tajuknya.  Elemen ilmunya ada tetapi sangat sedikit dan tak cukup informatif. apa yang dipapaprkan sama dengan apa yang telah umum ketahui. Jadi ia bukanlah sesuatu yang informatif.

    Apa yang cuba saya nak sampaikan? Dalam pembentukan generasi berilmu seharusnya drama atau filem juga hendaklah disampaikan dalam bentuk yang lebih kretaif dan inovatif dalam masa yang sama penuf informasi keilmuan agar penonton kita khususnya generasi baharu yang lebih sukakan hiburan ini terdidik jiwa, diri, iman dan ilmu mereka.  Penulis skrip khususnya hendaklah lebih banyak membuat pencarian dan menggali ilmu berkaitan dan bersesuaian jalan cerita sama ada membuat kajian atau temubual orang dalam bidang berkaitan agar cerita-cerita yang dihasilkan lebih bermutu tinggi.

    Hakikatnya, saya lebih suka jika cerita-cerita seperti ini ada di Malaysia. Kita ada pelakon-pelakon yang bagus dan produksi yang bagus.  Cuma kita kekurangan penulis-penulis skrip yang bagus.  Kita mungkin dapat menghasilkan cerita yang menyentuh emosi atau cinta tetapi kita tidak dapat memaparkan keilmuan dalam kisah-kisah yang disampaikan.  Saya lebih suka filem kita yang berada pada tahap seperti itu kerana filem kita adalah wajah kita.  Wajah filem kita yang masih mengekalkan elemen santun dalam penyampaian  walaupun di sana sudah ada unsur-unsur kebaratan dengan berpegang tangan dan seangkatannya.  Bahagian itu perlu diubah. Negara kita agama rasminya adalah Islam. Tunjukkan wajah sebenar kita.  Jika niat kita betul, ia menjadi saham akhirat buat kita khusus untuk seluruh yang terlibat sebagai penghasil cerita tersebut sehingga  ke layar.

    Khusus buat semua pembikin filem bermula daripada penulis skrip sehinggalah ke editor, penyedia makanan untuk mereka yang di belakang tabir anda adalah barisan hadapan dalam menyediakan sajian tontonan buat semua penonton.  Anda adalah apa yang anda hasilkan.  Semoga kita semua tetap dalam satu barisan yang diredhai oleh-NYA.  Hasilkanlah cerita-cerita yang dapat membentuk generasi ke arah pendidikan Malaysia yang lebih sejahtera dengan generasinya adalah pemuda pemudi yang beriman kepada Allah Yang Esa!

    Sekian daripada saya dan ia bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak atau bias dengan cerita-cerita tertentu tetapi saya hanya inginkan penghasilan-penghasilan cerita kita naik kepada satu tahap yang lebih baik bukan sekadar drama atau filem stereotaip bergaduh, menangis, jampi serapah, berebut harta, bercerai-berai  atau air mata semata-mata tetapi naik ke tahap ada ilmu yang boleh diambil selesai menonton - santai tetapi sampai! 

    

Comments