Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!

Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!
Hijaaq

Followers

Friday, 12 April 2019

Menangani Kekeliruan kanan-kiri Jawi menggunakan HiJAAQ


Assalamu'alaikum...

Fuhhh... Berhabuk betul.... Lama sangat tak tengok blog ni... Bersawang2 dah.... Tqvm pada yg sudi juga jenguk blog yg bersawang ni.... Banyak nak share... Tapi tu lah... Selalu mncari alasan....

Masih berkisar mngenai HiJAAQ.... 14-15 APRIL 2019 ... HiJAAQ akan bersama dlm pmbentangan Persidangan Kebangsaan Amalan Terbaik Pembelajaran dan Pemudahcaraan dan Pertandingan Inovasi (NCBPi) di IPG Kota Bharu... task terakhir bagi menyelesaikan satu lagi anak tangga menara gading... Maaf... Ingatkan dah selesai bila mnjejakkan kaki ke Finland April 2018... Rupanya... Tidak diterbitkan hingga ke hari ini.... HiJAAQ pun dah sampai kat negara 4 musim tu dan dikatakan sbg antara penghasil pendidikan terbaik dunia.... Ok. Lain masa share mngenai Finland....

Hari ni kita cerita sikit mngenai HiJAAQ.... alhamdulillah... HiJAAQ dimaklumkan telah digunakan di Kemboja... Syukur... Juga telah sampai di Singapura dan Thailand... Mudah2an... Dapat mmbantu generasi baharu.... Juga ketika ini... Diterbitkan cara penggunaan atau latihannya dalam majalah AULAD terbitan Aras Mega... Sekarang dah maauk bab mmpelajari bahasa arab mnggunakan HiJAAQ... TERIMA KASIH TN HJ ABDUL RAHMAN ... CEO Aras Mega....

Kali ni... Bagaimana HiJAAQ dapat mmbantu kekeliruan kanan-kiri dalam tulisan Jawi... Antaranya... Kenapa boleh terjadinya kekeliruan spt itu ... beth Arky juga tiada kajian lanjut mengenainya... Tetapi mnyatakan bahawa ianya dianggap sbg gangguan. Terdapat lapan jenias gangguan... Hanya empat shj yg berkaitan.. Kalau taip .... Voisual spatial Dosorder... In shaa Allah boleh jumpa web berkaitan....Boleh juga baca lanjut dlm cetakan BPI volume 2/2019 keluarn April... Panjang lebar saya jelaskan .... Tapi dlm tulisan Jawi.... Bila lagi nak martabatkan tulisan Jawi kan....

Oh ye... HiJAAQ juga thn 2018 telah dipilih sbg satu drpd empat ikon Jawi oleh Perpustakaan Negara Malaysia ke WLIC yg berlangsung di KLCC...  Alhamdulillah... Ok lah. Pagi2 mcm ni pun... Menulis ada yg duk kacau ummi... Lain kali... Sambung lagi. In shaa Allah...

Wednesday, 26 August 2015

PERJALANAN HiJAAQ


Assalamu'alaikum wbt....

Kali ini saya ingin koongsikan bersama anda semua, perjalanan HiJAAQ.  Asasnya saya sangat berterima kasih kepada suami tersayang serta anak-anak yang banyak memberi ruang dan mempermudahkan hasilan HiJAAQ ini untuk bertemu pengguna HiJAAQ.

     Sebaik sahaja suami, Gafor Bin Hajeebah mengetahui saya menyertai Pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa, dialah orang yang paling sibuk.  Dia sibuk mencari alat-alatan untuk saya mempersembahkan bahan dalam pertandingan tersebut.  Pengalaman ini diperoleh sewaktu saya menyertai Pertandingan yang sama di peringkat kabangsaan pada 2012.  Maka suami sudah mengetahui keperluan bahan-bahan asas.  Selebihnya saya yang menyediakan bahannya.

     Kali ini saya  bertolak ke Johor Bahru iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendirian. Tidak seperti sebelumnya suami dan anak-anak ikut serta.  Suami mendoakan perjalanan saya.  Bimbang juga melepaskan saya sendirian namun kerana perjalanan kali ini saya akan berada selamat 3 hari, maka terpaksalah juga saya nbergerak sendiri kerana anak-anak ke sekolah.  Suamilah yang menguruskan semuanya.  Terima kasih sayang!

     Sebaik tiba di UTM kami mendengar taklimat dan diberikan penginapan serta gerai.  Saya  mendapat gerai no 44 bagi pertandingan kali ini.  Agak sesuai kerana ia berada di sebelah kanan dewan di sebelah belakang.  Ini bermakna, jika seseorang memasuki dewan menolah ke kanan, akan terlihat dengan jelas 'gerai' pameran saya.

    Hari itu juga saya terus mempersiapakan tempat untuk pertandingan dan pameran umum.  Agak berpuas hati berbanding kali pertama menyertainya.  Sungguh, ada juga sahabat guru yang langsung tidak punya pengalaman lantas tidak punya sebarang persediaan.

     Saya agak berpuas hati kerana sebelum ke UTM, suami sudah membantu saya agar dapat mencari pencetak yang boleh menyediakan bahan seperti yang saya inginkan.  Walau akhirnya tidak 100% seperti kemahuan saya, namun Allah mempermudahkan juga urusan menyediakan bahan seperti impian saya.

     Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.  Mungkin di lain masa.  Insya Allah.  Apa yang penting saya sangat gembira.  Semalam penerbit Aras Mega sudah menyatakan bahawa bahan saya HiJAAQ sudah bersedia untuk bertemu pengguna.  See u soon!  Adios.......

Saturday, 15 August 2015


MH2 (ASAL-USUL)


Itulah asal nama HiJAAQ sebelum ini.  Agak lucu.  Tetapi sewaktu tercetus idea untuk merealisasikan proses penyambungan huruf bagi murid-murid saya, negara kita agak sibuk dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas kapal terbang MH.  Jadi terhasil nama ini, iaitu formula MH 2 iaitu formula Mudah Huruf Hijaiyyah.

Menjadi seorang guru, kita akan seringkali memikirkan tentang apa dan bagaimana mahu menghasilkan sesuatu bagi memudahkan murid-murid yang dibimbing.  Proses menghasilkan HiJAAQ tidaklah semudah yang disangka walaun pun ia nampak mudah.

Ianya memerlukan komitmen tinggi bagi memastikan ia sempurna bila sampai ke tangan para pengguna.

Walaupun pada asalnya, MH2 ini hanyalah satu proses untuk membimbing murid mahir menyambung jawi, namun akhirnya ia telah di'upgrade' menjadi seuatu yang leih baik.

Pada bulan Julai 2014, MH2 telah menyertai pertandingan di Konvensyen Antarabangsa  Jiwa Pendidik yang disertai antaranya adalah guru-guru, para pelajar maktab, pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada antaranya pelajar Malaysia dan Indonesia.

PINGAT PERAK

Pada waktu pertandingan itu, MH2 (HiJAAQ) hanya berjaya mendapat pingat Perak bagi Pertandingan Inovasi.  Ia memberi ruang lagi kepada saya untuk memikirkan mengapa dan kenapa hanya Perak tidak Emas??

Tidaklah penganugerahan itu menyebabkan saya rasa kecewa, namun ia membuka jalan lebih luas lagi supaya saya memikirkan kekurangan pada HiJAAQ.

Apa lagi yang berlaku selepas ini pada MH2?  Saya akan kongsikan lagi perjalanan HiJAAQ sebelum ia menemui pengguna.

Semoga HiJAAQ akan menjadi medium yang memudahkan para pendidik untuk menyampaikan ilmu-ilmu asas Jawi seterusnya Arab dan Al-Quran.

Semoga HiJAAQ akan dapat menimbulkan rasa cinta, kasih dan saying para pelajar terhadap ilmu-ilmu JAWI dan Pendidikan Islam.

HiJAAQ adalah sumber ilham dari ALLAH yang tidak mungkin akan saya sembunyikan tanpa saya kongsikan ilmunya bersama orang lain.

Semoga HiJAAQ menjadi sumbangan saya kepada masyarakat Islam seluruhnya.  Amin!!

Wednesday, 12 August 2015

pengenalan HiJAAQ



Sejarah asal, bagaimana lahirnya HiJAAQ  yang saya kira sangat dinanti-nati dalam dunia pendidikan Jawi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.  Asasnya ialah huruf-huruf hijaiyyah.  Akhirnya, bermula dengam set huruf-huruf hijaiyyah, kini lahir HiJAAQ yang masih belum cukup sempurna.  Namun, masih dapat membantu ramai pelajar khususunya murid-murid yang sangat lemah dalam menyambung dan mengenal huruf.  Harapan saya, ianya dapat membantu semua golongan yang berminat mempelajari asas jawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kunjungan diterima


sejak 2/9/2015

HiJAAQ -fORMULA MUDAH MENYAMBUNG HURUF Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino