Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!

Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!
Hijaaq

Followers

Saturday, 15 August 2015


MH2 (ASAL-USUL)


Itulah asal nama HiJAAQ sebelum ini.  Agak lucu.  Tetapi sewaktu tercetus idea untuk merealisasikan proses penyambungan huruf bagi murid-murid saya, negara kita agak sibuk dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas kapal terbang MH.  Jadi terhasil nama ini, iaitu formula MH 2 iaitu formula Mudah Huruf Hijaiyyah.

Menjadi seorang guru, kita akan seringkali memikirkan tentang apa dan bagaimana mahu menghasilkan sesuatu bagi memudahkan murid-murid yang dibimbing.  Proses menghasilkan HiJAAQ tidaklah semudah yang disangka walaun pun ia nampak mudah.

Ianya memerlukan komitmen tinggi bagi memastikan ia sempurna bila sampai ke tangan para pengguna.

Walaupun pada asalnya, MH2 ini hanyalah satu proses untuk membimbing murid mahir menyambung jawi, namun akhirnya ia telah di'upgrade' menjadi seuatu yang leih baik.

Pada bulan Julai 2014, MH2 telah menyertai pertandingan di Konvensyen Antarabangsa  Jiwa Pendidik yang disertai antaranya adalah guru-guru, para pelajar maktab, pensyarah dan para pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada antaranya pelajar Malaysia dan Indonesia.

PINGAT PERAK

Pada waktu pertandingan itu, MH2 (HiJAAQ) hanya berjaya mendapat pingat Perak bagi Pertandingan Inovasi.  Ia memberi ruang lagi kepada saya untuk memikirkan mengapa dan kenapa hanya Perak tidak Emas??

Tidaklah penganugerahan itu menyebabkan saya rasa kecewa, namun ia membuka jalan lebih luas lagi supaya saya memikirkan kekurangan pada HiJAAQ.

Apa lagi yang berlaku selepas ini pada MH2?  Saya akan kongsikan lagi perjalanan HiJAAQ sebelum ia menemui pengguna.

Semoga HiJAAQ akan menjadi medium yang memudahkan para pendidik untuk menyampaikan ilmu-ilmu asas Jawi seterusnya Arab dan Al-Quran.

Semoga HiJAAQ akan dapat menimbulkan rasa cinta, kasih dan saying para pelajar terhadap ilmu-ilmu JAWI dan Pendidikan Islam.

HiJAAQ adalah sumber ilham dari ALLAH yang tidak mungkin akan saya sembunyikan tanpa saya kongsikan ilmunya bersama orang lain.

Semoga HiJAAQ menjadi sumbangan saya kepada masyarakat Islam seluruhnya.  Amin!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kunjungan diterima


sejak 2/9/2015

HiJAAQ -fORMULA MUDAH MENYAMBUNG HURUF Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino