JAWI - Tulisan bukan Bahasa

                                                    Latihan dengan "Si-J : Ajari Saya Jawi"


Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi perkara yang sering berlaku dalam pendidikan kita.  Tulisan Jawi atau Bahasa Jawi? Lucu bunyinya.  Puncanya ketika saya membuat latihan Jawi bersama anak 7 tahun saya - Hasif Zaki.  Si Bongsu (bongsu ke? - in shaa Allah..) saya mencuba inovasi terbaharu saya iaitu Si-J : Ajari Saya Jawi.  Sebenarnya dia membuat latihan ini bersama-sama si kakaknya, Siti Hajar.  Setiap orang mendapat satu set Si-J (alat Jawi) dan buku latihan (Si-J : Ajari Saya Jawi).  Nampaknya si bongsu lebih cekap dan cepat daripada si kakak apabila dia telah berjaya menyelesaikan buku tersebut.

    Menariknya, buku tersebut saya susun khusus untuk anak-anak yang sangat lemah Jawi.  Ia disusun mengikut abjad rumi dan dilabelkan tahap 1 kerana ia disusun secara padanan sama banyak jawi dan rumi.  Alhamdulillah seperti yang saya jangkakan ujian akhir di belakang sekali ialah 5 keping gambar bersama ayat mudah dalam tulisan Jawi dan murid dikehendaki menulisnya semula dalam tulisan rumi.

    Apa yang berlaku ialah Hasif menulisnya semula dalam tulisan Jawi kerana kebiasaan latihan asas ialah menyalin semula ayat.  Lalu saya menegurnya.  Tulis Rumi bukan Jawi.  Nampak seperti dia berfikir sebentar. Ohhhh, tulis daripada sini (kiri ke kanan) ye ummi?  SSaya terus menjawab... ye pandai pun.  selepas beberapa ketika saya melihat semula hasilnya. Ehhh kenapa macam ni? (masih ditulis Jawi tetapi daripada kiri ke kanan - boleh lihat tulisan saya kekeliruan tulisan Jawi kanan ke kiri) La... ummi suruh tulis dalam tulisan Rumi bukan Jawi.

    Nampak dia cuba memahamkan apa yang saya katakan.  Saya pun tunjuk contoh tulisan rumi. Ohhh ini tulisan Melayu lah ummi.  Saya terus menjawab: Habis tu tulisan Jawi ni bukan bahasa melayu ke? Ke bahasa Jawi? Saja saya tanya begitu. Nampak dia garu kepala dia.  Saya katakan lagi padanya : Tulisan Jawi atau Tulian Rumi kedua-duanya Bahasa Melayu.  Cumanya tulian Rumi abjadnya A, B, C macam ni (saya tujuk tulisan dalam buku) dan tulisan Jawi tu abdjadnya seperti ini (saya tunjukkan contoh tulisannya).  Faham?

    Ohhhh, hahaha panjang muncung oh nya.  Cukuplah menjelaskan secara asas agar dia faham dan dapat menyelesaikan ujiannya.  Apa yang penting Si-J memang berjaya mengukuhkan kefahaman Jawi si bongsu menerusi padanan dan sambungan huruf serta kadnya yang sangat minimum.  Benar-benar membantu kerana dia berjaya membaca ayat tanpa masalah dan menulisnya kembali dengan sedikit bimbingan kerana ada huruf yang saya belum ajar dalam Si-J Tahap 1 tetapi ada dalam ujian.  Aishhh kelemahan ada sahaja di mana-mana.  Bagus juga, kita akan perbaiki untuk komersil di pasaran. In shaa Allah - Si-J : Ajari Saya Jawi akan ada dalam pasaran dalam seminggu dua lagi.  Kalau nak yang sekarang masih ada silap sana sini.

    Sekian daripada saya - Biar Santai Tapi Sampai! Oh ye, jemput tengok inovasi Si-J dalam channel youtube saya.



https://www.youtube.com/watch?v=FzMTBGV4RFY


Comments