Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!

Nak belajar menyambung huruf jawi atau hijaiyyah...JOM!!!
Hijaaq

Followers

Wednesday, 26 August 2015

PERJALANAN HiJAAQ


Assalamu'alaikum wbt....

Kali ini saya ingin koongsikan bersama anda semua, perjalanan HiJAAQ.  Asasnya saya sangat berterima kasih kepada suami tersayang serta anak-anak yang banyak memberi ruang dan mempermudahkan hasilan HiJAAQ ini untuk bertemu pengguna HiJAAQ.

     Sebaik sahaja suami, Gafor Bin Hajeebah mengetahui saya menyertai Pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa, dialah orang yang paling sibuk.  Dia sibuk mencari alat-alatan untuk saya mempersembahkan bahan dalam pertandingan tersebut.  Pengalaman ini diperoleh sewaktu saya menyertai Pertandingan yang sama di peringkat kabangsaan pada 2012.  Maka suami sudah mengetahui keperluan bahan-bahan asas.  Selebihnya saya yang menyediakan bahannya.

     Kali ini saya  bertolak ke Johor Bahru iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendirian. Tidak seperti sebelumnya suami dan anak-anak ikut serta.  Suami mendoakan perjalanan saya.  Bimbang juga melepaskan saya sendirian namun kerana perjalanan kali ini saya akan berada selamat 3 hari, maka terpaksalah juga saya nbergerak sendiri kerana anak-anak ke sekolah.  Suamilah yang menguruskan semuanya.  Terima kasih sayang!

     Sebaik tiba di UTM kami mendengar taklimat dan diberikan penginapan serta gerai.  Saya  mendapat gerai no 44 bagi pertandingan kali ini.  Agak sesuai kerana ia berada di sebelah kanan dewan di sebelah belakang.  Ini bermakna, jika seseorang memasuki dewan menolah ke kanan, akan terlihat dengan jelas 'gerai' pameran saya.

    Hari itu juga saya terus mempersiapakan tempat untuk pertandingan dan pameran umum.  Agak berpuas hati berbanding kali pertama menyertainya.  Sungguh, ada juga sahabat guru yang langsung tidak punya pengalaman lantas tidak punya sebarang persediaan.

     Saya agak berpuas hati kerana sebelum ke UTM, suami sudah membantu saya agar dapat mencari pencetak yang boleh menyediakan bahan seperti yang saya inginkan.  Walau akhirnya tidak 100% seperti kemahuan saya, namun Allah mempermudahkan juga urusan menyediakan bahan seperti impian saya.

     Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.  Mungkin di lain masa.  Insya Allah.  Apa yang penting saya sangat gembira.  Semalam penerbit Aras Mega sudah menyatakan bahawa bahan saya HiJAAQ sudah bersedia untuk bertemu pengguna.  See u soon!  Adios.......

3 comments:

nurulhudha omar on 2 November 2015 at 17:06 said...

layari http://www.arasmega.com/hijaaq/ untuk mengetahui tentang hijaaq

Clara Cutez on 29 April 2017 at 05:23 said...

BAVETLINE Agen Judi ONLINE
Bavetline Agen Judi 30%
Daftar
Bonus
Deposit
Withdraw
Peraturan
Prediksi Bola
BAVETLINE Deposit Awal 30%
BAVETLINEOKE Deposit Awal 30%
BAVETLINE TERPERCAYA Deposit Awal 30%

Etuza Etuza on 31 May 2017 at 14:38 said...

Salam ramadhan..blog ni dah lama tak update ya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kunjungan diterima


sejak 2/9/2015

HiJAAQ -fORMULA MUDAH MENYAMBUNG HURUF Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon blogger template for web hosting Flower Image by Dapino